Tuesday, August 11, 2009

USAHA, TEKUN, JAYA

Usaha,Tekun,Jaya.. motto ini melambangkan usaha dan ketekunan warga SK Mansiat untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Gunung Trusmadi melambangkan keteguhan, potensi dan kegagahan warga sekolah dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Gambar obor pula melambangkan semangat yang membara untuk mencapai visi dan misi sekolah bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala gambar buku pula melambangkan pendidikan berterusan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.